Friday 28 June 2013

Weekend.

Assalamualaikum.

Sedar atau tak, dah sebulan aku duk kat Pahang ni. Ade sebulan lagi nak balik Besut. Balik untuk raye je. Sedih kan? Nanti kene pindah Melake, lagi laa jauh. Shit betul. Jauh dengan Besut, jauh dgn Kemaman. :(
Jauh dari org2 tersayang. Wuwuwuwuwuu.

Ok. Dah. Nanti ter'over' homesick pulak. Next week, aku ade test kimia. Bab 1 dan 2. KIMIA doe. Adoyaei. Quiz haritu pun aku yg dapat markah paling rendah. Terase sedikit down di situ. Sebab kawan kawan sume ade yg dapat full marks, ade yg separuh. Takpe la, aku takleh cepat give up. Kena usaha lebih sikit daripade orang lain. Aku mesti boleh!

Hurmm. 5hb - 7hb ni kemungkinan aku ade kem. MUNGKIN jela sebab senior tu cakap tak kompem lagii. Harap sangat sangat sangat kem tu dibatalkan pastu buat lepas raye nanti. Please lahh. Nak lepak dengan kakak niii. Nak habiskan duit dia. Muehehehe. Tapi, serius. Kalau dia buat jugak, serius aku tak ikhlas langsung join kem tu. Kena beli baju kem lagi, bayar yuran PG's lagi. Sedihhh. Aku pokai sangat dah ni. :( , Kesian abah. Dah banyak spend duit untuk aku. PTPTN, please masuk cepat sikit. Derita dah nii. Tak nak mintak dengan abah lagi. Aaaaa, rindunye kat abah dengan ma. :'(

Nak balik, tapi mase terlalu singkat. Buat penat je balik. Lagipun, tiket bukannye, Rm5 sekeping. ......
Agak agaknye, kat Jasin nanti ade senior tak eh? Kalau takde, mesti budak budak ni jadi first batch kat sane. Weeehaaaa. Bestnyaaaaaa~ *angan angan tak bleh blah.*

Haihhhh. Rindu bakal suami ehh. Hikhik. *kegatalan detected*  Sebulan dah kot. Takpe takpee. Jumpe hari hari pun tak bestt, lepas kawin nanti mesti bosan. kan? kan? hahaha, so, okay laa aku duk jauh sikit. Kikikiki. Esok dia dah nak pergi kemaman dah. Hari Ahad dia dah start daftar jadi budak TATIUC. Sayang, take care of yourself. Please stay with me. ONLY me. Sebab aku ade hatimu, dan perempuan lain dah tak boleh ambil. Heheheee. Nanti nak pergi shopping baju raye same same kan. Ok, dah tak sabar. Hehee.

--------

Sekarang, aku tengah buat projek kat ladang. Sekarang, tengah siapkan batas. Ade 9 batas lagi tak siap. Sakit belakang. Sakit pinggang. Haihh. Banyak betul sakitnye. Tiap tiap hari jumaat, aku kene bangun seawal pukul 5.15am. Sebab rokol kal ladang pukul 6.45am. Pastu, pukul 8 baru boleh mule keje. Nasib aku punye classmate okay. Semangat sikit nak pegi buat keje. Hahaaa.

Okay laa. Malam ni tido dengan iylia je. Saba dengan qila pegi kem. Nasib ade teman. Kalau tak, memang aku tak tdio laa dalam bilik ni. sorang sorang. Haishh. Takpe laa, aku nak pegi basuh baju dulu. Esok pagi kene pegi ladang lagii. Babai. :*



Tuesday 11 June 2013

Officially mahasiswi.

Assalamualaikum.

Minggu ni, minggu kedua aku menuntut di uitm pahang ni. Dan harini hari kedua aku mula belajar setelah seminggu berorientasi. Penat. Tu je aku boleh describe untuk sekarang. Tal cukup stabil lagi. Aku mash terikut ikut dengan budaya belajar kat sekola. Rase janggal pakai baju kurung bebas ke kuliah. Hee

Aku, pelajar part 1, fakulti perladangan dan agrotekonologi. Uitm pahang, kampus jengka. Bile sebut course pengurusan ladang, ramai yang anggap course ni, course yang biase biase je. tak power pun. kan? at least, peluang pekerjaan banyak aw. hahaa. Aku transit je kat sini, nanti aku pindah kat kampus tetap aku, Uitm melaka, kampus jasin. Uitm baruuuuuuu. Hewheww

Abg aku pun pindah sane gakk. Tapi dah amek ijazah. Ijazah sains perladangan dan agroteknologii. So, senang laa aku balik, boleh balik dgn abg aku. Heeeeeeee. Mintak kete dgn abah. Hewhew, untuk tahun ni, memang aku duk kat jengka laa.

Ladang jauhh. 2km kott. Nanti abah pos beskal. Yeay! Untuk sem 1, aku nak targett banyak. so, takde honeymoon.  Tiap tiap hari jumaat, kene pegi ladang aw, buat batas, tanam sayur. hehe

Okela. Motif sebenar aku update untuk kali ni sebab aku kecewe. kecewe sebab ilham. sedihh aw. kenape dye nak marah sangat. aku takde pape pun dgn classmate aku uh. Sekadar add kat fesbuk je. Dia deactive fesbuk die. Tergantung camtu je relationship aku. tiap kali bukak profile sendiri, sedihh kot. Okela. Aku nak senyap je. Sampai semuanye oke. Aku sangat kecewe. Bukan macam biase biase. :'(



Thursday 16 May 2013

Menunggu detik itu tiba.

Assalamualaikum.

Harini 16 Mei kan? Sume orang tahu harini hari ape. So, tadi aku pergi sekolah. Saje saje. Tak niat nak sambut hari guru pun. Sebab tau dah tak best. Haha. Oke. JK. Aku ikut kawan kawan je. Bosan duk umahh.. Kalau aku dapat sambung belaja balik, nanti kena buat preparation bla bla bla bla. So, mesti sibuk kan. Ape yang aku tahu, aku nak pegi tuntut duit kat yayasan oa. Hakhak

Oke dah. Esok, seperti yang sume orang dah tahu, keputusan UPu akan kelua, jam 12 tengah hari. Dalam eksaited aku pun, aku nervous. Tang tang name aku takde dalam list, mampus aku. Nak pergi belaja kat mane lagiii.. Harap harap ade lahh. Sanggup aku topup broadband semate mate nak check keputusan esok. Weehuu. Harap harap, kawan kawan yg SPM skali dengan aku pun, dapat jugak. Aamin. :)

Tapi, kalau laa kan, nama aku ade dalam list esok. Aku nak buat jahat sikit. Takde laa jahat sangat. Tapi, ala ala suprise gitu. kikikiki. Mangsenye adelah, bakal tunang aku. Hewhewhewhew. Awak boleh buat, takkan saye tak boleh. kan sayang? hikhik


Sunday 12 May 2013

Gila.

Assalamualaikum.

Haihh. 2 post dalam satu hari.? Alaa. bukannye ade orang marah pun kan. Sambil sambil tunggu adik aku balik skolah punn. Aku bosan laaa. Bakpe laaaa rumah aku takde intenet ha? Sedih. Sedih.

Aku nii. Bosan. Aku nak keluar rumah, mak bapak aku tak kasi. Aku tido dan tido dan tido, mak aku bebel lebih. Aku nak buat hobi baru, setan duk hasut aku, Jangan, JAngan. kau tau ape aku nak buat? maksud aku hobi baru tu laa. Aku nak masak. Hakhakhak. MAlas gile aku nak masak. Rumit gile kot. Sebab aku tak tahu pantang larang kat dapur ni. Aku tau kalau masak masak ni gula, garam jgn lupa bubuh. HAha. Kire aku ni pandai laaa jugak kan.?

Aku tak sefahamn sangat dengan mak aku. Dia tu lebih lebih kan abang aku jeee. Mentang menatang abang aku tuu.... *takleh bagitau ah*  rahsie. EEE. Tak puas hati betul. Bapak aku je okay sikit. Sikit hape nye, BANYAK. Nanti 16 may ni hari guru kan? Aku nak kasi ape lahh kat dia. Bapak aku kan cikgu. Aku pun pernah jadi pelajar. Takde kena mengena langsung kayy.

Sunyi lahh woii. Takde ke orang nak duk dengan aku 24 jam. Ishh. kalau lah aku ade kembar kan, mesti aku jadi kembar jahat. HAHAHA. Eh, takpe lah. Adik aku dah balik. Aku out dulu. OKe. Babai.

NO Title.

Assalamualaikum.

Emm. Jarang jarang je boleh post entry. Sebab takde laptop, takde intenet. Saye ni orang susah. Tak mampu nak beli sume tuu.

Oke laa. Stop pasal tu. Sekarang ni saye sedang tunggu tawaran kemasukan untuk sambung belajar ke peringkat yang seterusnye. Hari sabtu nanti baru boleh semak. Doa doa kan laa semoge saye dapat tawaran sambung belaja dan harap harap jauh daripade rumah saye. Satu impian kot duduk jauh daripade rumah. Pelik eh? Bagi saye tak pun. Masing masing punye kehendak laa kan.

Lame gile kot lepasan spm ni cuti sebelum sambung belaja balik. Baru aku tahuuu. Tapi, cuti lame mane pun kalau duk umah tanpe pergi ke mane mane, takde keistimewaan pun kan? Maklum lah, aku ni budak bawah umur lagi. MAk bapak pun tak harap sangat kalau keluar rumah. Sokay. Aku okay JE KOTT.

Sebenarnye aku tak rase best pun duk umah aku sendiri. Rumah orang apetah lagi kan. Tapi, tu la hakikatnye. TAK BEST. Orang dalam rumah aku anggap aku macam tak wujud je. Sedih siott. Nanti aku nak bawak diri. Hidup berdikari. Perghhh. BOleh survive kah aku? HArap harap boleh. INdependent kan. Hahaha. Bongok.

Aku tak segembire dulu. Hidup dah berubah. Memang aku boleh ketawa bila sesuatu yg lawak muncul. Tapi, jauh dalam sudut hati, aku rasa sunyi, sepi. Orang tak faham keadaan aku dan aku tak berape faham keadaan orang. So, deal lah kan? PAdan muka. Serius. Aku nak jadi lebih independent. *muka bersemangat*

Dia cakap aku tak cukup matang. bukan tak cukup, tapi BELUM lagi. Ye, memang aku berperangai kebudak budakkan. Tapi, aku selesa. MUngkin orang di sekelililng aku tak. Maafkan aku.

Sebelum aku mengakhiri post aku untuk kali ni. Aku nak cakap yang aku tak bersedia lagi untuk jadi dewasa. Dan aku tahu, tak semua orang suka aku. kan? So, im OUT.

Monday 25 March 2013

New life.

Assalamualaikum.

Haihhhhh. Suadah lama yaa aku tidak mengapdatekan belogg ku ini. Biase laa. Masalah intenet. Rumah aku moden siket, takde wifi langsung. Broadband pun takde. Hoho.

Tanggal 21 mac 2013, aku, nurfatin bt mohd, lepasan spm 2012, telah mengambil keputusan spm aku. Aku dapat 4A, 3B, 2C, 1E. Bapakkk gila kentang.  E tu sememangnye Addmaths. Forever hates it. Hoho. HAri ni jugak aku apply course course yang sesuai dengan result aku tu. Aku pilih uitm, 8 pilihan tu sumenye diploma. Haha. Harap harap dapat salah satu daripadenye. Amin.


Haaaa. ni laa muke result aku yang sangat bagus. Haha. Agak tidak jelas kann. Takpee laa. Bagusss. Hikhik
Niat aku update harini, aku nak post pasal ilham. hekhek. *gedik siket.* Sebab.... :(

Ilham kene pergi PLKN. Tapi bukan untuk kumpulan 1 dan 2. Maybe 3 kot. Hummmm. Tapi rasenye dia buat penangguhan dulu kot. Bodoh betol laa buat PLKN lame lame. Blerkkk. Buat seminggu due dah aa. kan? kan? Dulu, aku ingat dia kene pegi kumpulan 2, so tiap kali aku kelua dengan dia aku snap gambar dia banyak banyak. HAHA. Perangai buruk aku. Chilll.

















 Haha. Aku dah rotate gambar ni tapi dia still macam tu jugak. Umm. Pompuan tu adik dia. Aku ni takde laa gila sangat kan? cume addicted je. Addict2 aku pun, gaduh opmo.. aku laa besenye penyebab pergaduhan itu berlaku. Hakhak. Aku kan manjewwww. Dengan ilham je la. Kehkehkeh. Bongok ah aku ni. Phuiiiiii. Mujur sangattttt ilham ni dah masak sangat dengan perangai akuu. Kejap je aku buat hal, pastu aku cari ilham balik. Hakhakhak. Tulul betul lahhh.

Nanti, masing masing dah nak sambung belajar. Aku sane dia situ. Adoyaeiii. Cepat cepat laa msuk minang aku sayanggggggg! Hewhew. Harap harap dapat tempat yang dekat dekat. kehkehkeh. Jangan kau curang padaku ilham.. Kalau kau curang, aku bomoh kau. MUahahahaha. Hei. Aku takde laaa sejahat tuu. Kejam kejam aku pun, aku pi bakar umahh pompuan yang gode ilham tu. Kire oke laa tu kan? HAHAHA.

Lambatnye laaa boleh kawin. Abah bagi aku kawin bile aku dah berumur 23 TAHUN. Gila lambattt. Aku ni excited gila kot nak kawin. Bukan gedik gatal gelenya. Tapi, aku jeles dengan orang yang dah kawin. Besttnye dioranggg. Haihhhh. Sabar teng. Sabar. 5 tahun je laagi. Ilham. Awakkk mestii kawinnn dengan sayeeeeee. MEsti. Sebab saye tokseyyyy doh jatuh cinte dengan orang lainnn.. Sebab jatuh cinta ni sangat lah serabutt. Cukup hanye dengan awk je laa sayanggggggggg. MMmuah setepekk.

Wednesday 20 February 2013

Not Available.

Assalamualaikum.

Sekali lagi aku update blog. Aku tak tahu nak share dengan sape. Aku malu. Malu bercerita tentang masalah aku dengan pakcik kat kawan aku.

Aku dan pakcik dah berbeza. Tak macam zaman persekolahan dulu. Pakcik sangat sensitif. Sehinggakan aku rase perbuatan aku terbatas. Aku rase ape yang aku buat, bagi pakcik, sume tu salah. Aku rase terikat. Aku tak tahu kenape pakcik buat aku macam ni.

Kadang kadang, pakcik over bila jealous. Aku suka bila pakcik jealous. Kat situ, aku boleh nampak sedalam mane pakcik syg aku. Pakcik kate, aku tak faham perasaan dia. Pakcik pun bukannye slalu faham perasaan aku. Aku tak salahkan pakcik atas sume yang terjadi sekarang.

Aku cume like gambar kawan aku dgn boyfiee dia. Aku suka tgk kawan aku yang satu tu. Dia cantik sangat. Photogenic. Tapi, pakcik salah tafsir. Pakcik ingat aku tak pernah cukup dengan ape yang dia bagi. Sakit hati yang ku rasa. Aku ingat pakcik tak kisah bila aku like gambar kawan aku tu. Lagipun, sebelum ni, pakcik tak marah pun. Pakcik oke je. Sekarang, pakcik dah berubah. Pakcik cakap aku tak faham dengan ape yang aku buat.

Dia off phone. Online fesbuk. Tanpe hiraukan aku. Perasaan aku dia tak nak tau? Gembira tak bila orang tak hiraukan kita? Mesti tak kan. Takpe la, bukan kali pertame dia buat aku macam ni. Bagi dia, bang bang boom JE. Ye. Okay. Aku okay. Perasaan aku dah lame sakit. Sakit sampai seksa. Seksa sampai tak kisah dengan ape yang dia nak buat lepas ni. Aku rela. Sebab aku sayang sangat kau, Mohamad Ilham Sukri.

Tuesday 19 February 2013

Hari ini hari rabu. Ngeh. Ngeh. Ngeh.

Assalamualaikum. Hai ! *Amboi, ceria laa pulak harini*

Ceria? haha. Ceria laa. Sebab aku ni sedang kemalasan kebengongan dan kegilaan. Hoho
Hari ni some of kawan aku test jpj.  Alhamdulillah, diorang lulus dengan sempurna. :)

Next week, AKU laa pulak. Haihhhhh. Nervous gok wase. Tapi, aku eksaitedd nk naik kete bub kat umah aku curi curi je naik kete. Hehe.

Esok, pakcik aku pulak test dgn jpj. Harap lulus laa ye. Aminnnn. Esok jugak aku ad kelas kete. *semangat oke*  2 hari dh aku ponteng kelas kete dgn x sengaje nye. Hihi

Minggu depan, tiap tiap hari ade aktiviti. Agak memenatkan kot. 24,25 blaja kete moto, 26 test jpj (moto), 27 test jpj (kete). 28 lak, aku ade appointment dgn doktor sengal kat hospital. Haishh. Sibuk eh!. Kalau laa pakcik boleh teman aku pegi appointment. Hehe!

Harap harap aku lulus ujian dengan jpj nanti. Aku nak sangat drive! Teringinn sangat! Abah aku kasi aku drive tapi dgn syarat laa. Lepas aku lulus ujian Jpj tu. Ya Allah, lulus kan lah aku nanti. Aminnn.

Takde sape pon tau yang aku ni macam orang gila ketagih nak drive kete. Nak nak myv ma aku uh. Hehe.
Tapi kan, haritu pakcik ad cakap nk ajr drive crv. Aummm, hensem je kete tu. Haha! Pakcik, sy tunggu pakcik ajar sy drive. Hehe

Tapi, sy dok yakin. 3 penjuru pon sy dokleh wat ane. :(  Mujur masuk parking dgn naik bukit tu oke jah. Jalan raye pon oke kot. Hehe. Jalan A dgn Jalan C aku dah pegi, Jalan B je belum.


Okela, sekarang dah masuk waktu zohor. Aku nak pegi jemur kAIn dan menunaikan solat zohor. Nanti aku update lak neh? bye bye. :)

Hari yang biasa biasa je.

Assalamualaikum. Hai. Hei.

Aku bosan. Haha. Perkataan yang same je. Bosan. Bosan. Bored. Boring. Phewww~

Yela. Aku bosan laa ni. Pakcik busuk aku pegi gym. Bersenam laa konon. Huh. Bosan aku dibuatnye. Hape ni, hape ni. Tak best la marah marah. Kan? kan?

Okay, tak marah dah. Hikhok. Berbelit okay. Ngeee~

Hari ni, aku pegi institut memandu. Agak lewat sampai di sane menyebabkan aku miss kelas kete aku. Geram sangat kat pakcik! Dia lambat! Ok. Sabar. Aku teruskan dengan kelas moto lak. Alhamdulillah, sume berjalan lancar. Aku dah boleh buat yang tungkat moto tu. Yeay! satu peningkatan telah berlaku. Naik titian pon okay jugak harini. Hehe. Happpy~

Next week aku test JPJ. Eh, silap, pegawai JPJ tu yang test aku. Harap harap dapat yang sporting sporting + santai. Harap sangat aku lulus sekaligus. Tolong lah. Sesungguhnye, bayaran untuk ulangan tu adalah merugikan pitis abah aku. HOho.

Tak sabar nak dapat lesen P. Tak sabar nak drive. Tak sabar nak date dgn pak cik. ops. hewhew

Sunday 17 February 2013

Pakcik busuk, sy x tak sengaje pun. :(

Assalamualaikum.

Lamenye tak apdate belog. Takde tenet lah. Takde duit nak topup broadband. Yang ni pun aku curi curi masuk dalam blik abang aku. Semate mate nak online. Hoho. Aku tengah sedih laa. Nak share kat sini. Actually, aku tak suke sangat share share dgn manusie. Kadang kadang boleh buat aku naik angin kalu share dengan manusie ey. Yela, Bukan sume orang faham kite kan? Termasuk orang orang yang kite sayang. Kan? Takkan laa kite nak pakse diorang faham kite. WTH?

Aku lebih selesa share dengan menulis. Aku suke tulis ape yang aku rase. Aku suke ekspresikan perasaan aku dengan penulisan. Pen dan kertas, intenet dan keyboard. Hee.

Bila sedih, mulelah nak dengar lagu yang mendayu dayu, jiwang karat. Ye, aku sedang mendengar semua itu. Aku ade 5 buah lagu yang pakcik busuk aku bagi kat aku. All of that songs was sad songs. Ala, pakcik tu memang suke bagi lagu sedih kat aku. Kadang kadang aku naik geram laa jugak. TAPI, lagu lagu tu ade maksud yang terselit. Itu yang aku suke. :)

Sebenarnye, aku ade masalah peribadi. Masalah dengan pakcik busuk aku laa. Haritu aku pernah terus terang dengan dia pasal something. Tapi, aku terase lah sangat dengan pakcik busuk aku ni. Bukannye ape, pakcik busuk aku ni suke merepek. Bukan ngepek oke? Ade ke patut die suruh aku cari laki lain. Haih, ni yang buat aku nak mencarut. Tapi mencarut tak baik kan? astaghfirullahalazim. tak baik. tak baik. Allah nak uji kau laa tu fatin.

Sedih laa kan bile orang suruh buat bende yang kite tak suke kan? Pakcik busuk akuuu ni kuat jelesss. Same naik dengan aku. Tapi, aku tak sengaje pun nak buat dye jeles! Macam tadi laa, aku tak sengaje pun taknak text dye yg aku dah sampai kat IM. Aku sampai lewat tadi, tergesa gesa laa. CG terus panggil. Dah laa cg gemuk tu suke blebel. Geram aku! geram! geram! geram!!!

Aku tau, sekarang ni, pakcik tak brape nak ok dengan aku. :(
Sedih tau dok? :'(




Monday 21 January 2013

I missed him.

Assalamualaikum. Hoi.

Okay. Mentang mentang laa topup broadband, hari hari aku hapdate blog aku ni kann. Haha.
Meh aku nak cite tentang hari aku. Hari ni laa.

Hari ni kat kampung aku hujan je memanjang. Cuace yang tak berape elokk lah katekan. Hurm. Cuace hati aku pon tak brape elok sangat. Hati pon ade cuace gak eh? haha. Sokay. Hati aku punye cuace laa tuw. Hikhik. Tadi au pergi institut memandu untuk ambil lesen L aku. Haha. Baru dapat lesen L. In the same time, aku booking untuk 8 jam 'dating' dengan cekguu khairul. Bukan dating macam dating aku dengan suami. Haha, Dating aku dengan cekgu lain, drive kete leww. Hoho. 27 Febuari nanti aku dah boleh test dengan JPJ dah. Untuk kete je laa. Aku tak ingat nak pergi booking untuk lesen moto aku. Haha. Senget betol lah kan. Hoho.

Subuh tadi ilham dah sampai kat Puchong. Uma sedare dia. Aku pulak sedang menyulam rindu di sini. Amboiiiiiiiiii. Rindu pon boleh sulam ye fatin. Haha. Yela. Rindu laa senget, mane tak rindu nye. Dah laa jauh, text pon kurang. Haish. Sabar je laa. Aku kan penyabar. Hahahahaktuih. Hari ni dia pegi dating dengan kakak dia dekat midvalley. Pegi cinema, tengok cite mama. Horror movie. Seram kot, ilham kate laa. Aku taktau. Dia tak spend sangat mase dia dengan aku, dia akan text aku supaya aku tahu yang dia okay dan selamat. Okay laa tu kan, daripade tak reti base nak text orang. Haha.

Hari ni life aku takde laa sedih sangat sebab ade orang nak kasi hadiah kat aku. Wuhuuuu~ Hadiah berfday tahun lepas, aku pergi tuntut. Haha. Jahat kan? memang ponn. NFM kan. Haha. Bukan fazlin, bukan farina. Tapi fatin. :)  Aku sedang sabar menanti hadiah itu. Eksaitedd tu memang laa ade, tapi aku rase aku tak boleh terlalu berharap sangat. Huhu. Taktau kenape.

Hurmm.. 2 3 hari ni, ma aku sibuk duk selidik pasal bakal menantu dia. Bakal suami kakak aku. Kakak aku dah umo 26 tahun, tapi tak kawin kawin lagi. Ma aku cakap da xpired dah. Haha. Aku nak kawin umo 20! please? haha. *tibe tibe je* Abah aku nak kenal dulu bakal suami kakak aku tu. Haha. Nasib abah dah kenal ilham. Hikhik. Okay laa, aku dah mengarut sangat dah ni. Mengantuk dah ambee. Nak tidoq dulu. Tata!

Sunday 20 January 2013

He is mine, Mohamad Ilham Sukri.

Assalamualaikum.

Hoi. Lame aku tak update kan? Aku takde duit nak topup broadband. Hoho.
Okay. Ni post pertame aku pade malam ini.
Hey, kalau aku nak post pasal Ilham boleh.? Aku nak describe pasal ilham satu satu. Tapi tak termasuk private stuff ah. Gila aa. Describe pasal boipreng dalam blog. hoho.


 Form 2.?
 Zaman kecik kecik dulu.
 Form 5, addict sangat dengan music. Indie pop rock. tu je aku tau.
 Raye kat skola, 2012.
Gambar lame. Aku rembat dalam fesbuk die. Sokay.. HAHA.



Okay laa. Jom cite pasal budak ni. Name penuh dia Mohamad Ilham Sukri. Lahir kat pahang, pastu pindah Terengganu. Burfday dia 28 November. Satu satunye anak lelaki dalam keluarge dia. Hyperxtive, nakal, sporting, responsible, funny, agak panas baran tapi masih pada tahap yang boleh dikawal. Hehe. Mula masuk kelas guitar pade akhir tahun 2010,sejak daripade tu, muzik laa hidup dia.

Belajar sekolah rendah kat SKTM dan sambung belajar sekolah menengah di SMKNS. Di mane tempat ibu dia mengajar. Tak dinafikan memang dia seorang yang suka enjoy himself. Well, budak lelaki pra matang. hehe. Sebelum addict dengan music, dia addict dengan video game. Football for sure. OPs, lupe.. selain daripade music, ilham juge addict dengan football, futsal etc. Sekarang, sedang membine karier sebagai vocalist.? Aku pon tak sure. hikhok.

Ilham juge berbakat dalam mereka lagu. Yes, dia nyayi lagu yang dia buat. Dia laa komposer, dia laa penyanyi. Kadang kadang tu ada laa jugak dia nyayi lagu lain. Sebagai cover laa. Aku pon tak tau betol ke tak ni. hehe. Dia ada reke satu lagu tu untuk aku. Yeah! Heppi gile kot jadi sumber inspirasi. Haha. Tajuk lagu tu, kalau tak silap aku laa, dewiku. Hehe. Tahun 2012, dia semakin giat dalam bidang muzik. Show sana sini. Aku tak pernah lagi tengok dia perform on stage. Sedih betol la. huhu. Tapi kan, cite cite dia, dia nak jadi bisnesman. Macam ibu dan ayah dia kot. Sokay. Asal dapat cari pendapatan yang halal. :)

Mase dia form 3, budak sekolah dia gelar dia playboy. Humm. Oleh kerane aku takde di waktu itu, aku tak boleh nak describe lebih. Hoho. Sebenarnye aku kenal ilham mase form 4. 2011. Untung jugak ek aku pindah sekolah tu. Dapat boipreng charming gile! Haha. Sokay laa. Stop. Stop. Ape kes aku nak menyibuk kat sini. Tajuk lain cite lain nanti. Kan? haha.

Amnde lagi erk.? Siblings. Okay. Ilham ade 3 orang je adik beradik. Seorang kakak dan adik perempuan. Sume sporting. Mudah jugak laa aku nak ngam dengan siblings dia. Hehe. Kakak dia budak best student. 10A+ Spm 2010? Rasenye laa. Adik dia lak okay je. Manje! aku suke sangat budak gitu. Sempoii je. Ni gambar family dia mase raye tahun lepas,
                                                  aku edit sikit. Hehe.

Aku post entry ni sebab aku nak share, aku addict sangat dengan ilham ni. Tak sia sia laa aku pindah mari sekolah besut. Haha. Korang percaye tak love at the first sight.? Aku percaye! Daripade first time aku tengok ilham, aku dah jatuh hati dah. Haha. Bongok kan. Eleh, bongok, bongok pon, akhirnye dapat jugak. Haha. Minggu orientasi tu aku duk sibuk nak tau pasal dia. Harap harap laa kan dapat kelas sekali. Mule mule tu memang laa kelas sekali, tapi aku gerak atas, dia gerak bawah. Jadi laa aku duk kelas sains, dia duk kelas ekonomi then sastera. Susa aku nak dapat ilham. Mule mule kawan dulu, jadi kawan rapattt pastu jadi boiprengg. Aummmm! Sebelum aku dapat ilham, aku tersalah terime orang. Tapi, buat pengetahuan sume, cerite aku dan budak damn tu sume FAKE. Budak damn tu seorang yang suka buat buat cerite. Ala, mamat kepoh. Aku jugak bodoh sebab pegi trime mamat tu tanpe sebab. Bongok! Aku clash dengan budak tu semate mate nak bersame ilham. :)

Friday 11 January 2013

Serabut. Serabut.

Assalamualaikum.

Rezaq molek aku hidup cam hari ni. Rezaq gile.

Aku dok tahu bakpe dan camne aku boleh jadi serabut macam ore gilo. Ore gilo dok supe aku. Aku ni over gilo dah kot. phuii ! Nyaknye kat aku op. Dalam umah ni takde orang pun faham aku. TAKDOK POM!
Sume jadi selfish. Benci3!

Kalau boleh, aku nak kawin cepat cepat, pastu blah dari umah ni. Aku balik setahun sekali je. Tu pun aku rase takde orang kesah pom kalu aku balik atau tak. Maklum laa ma dengan abah still ade 5 orang anak lagi.
So, hilang sorang pon takpe. Kan? Eeeee, geramnye aku rase. Mogok!

Hok jahat jahat tohok kat aku. Sebab aku ni kan jahat. Dok reti nok amik hati. Pemalas. Ho lah. Aset aset tu hok aku lah blake. Asal bahagio laa deh. Harap result SPM nanti molek. Buleh gi duduk jauh dari BESUT. TERENGGANU.

Deki je aku dengan kakngoh. Best gile kot life dye. X payah nak balik sangat sebab jauh. Pergh! lambat nyee nak masuk Universiti. Huhuu. Aku bukan nak marah kat mak ayah aku. Aku pon tak tahu marah kat sape. Takde orang yang perlu disalahkan kot. Sebab semua ini angkara nafsu. Nafsu yang jahat. Setan yang hasut aku bia makin marah.

Bodo. Hari isnin nanti aku ade kelas kete. Aku akan ambil kesempatan atas sume tu. Aku kan JAHAT. Pssftt.

Thursday 10 January 2013

Institut memandu and the show.

Assalamualaikum.

Yuhuuu~

hei. hoi. hai. hoi. hoi.
Hari ni. aku HEPY. tadi aku pergi belajar kete kat institut memandu. Aku sampai lewat 15 minit. Nervous ko sebab takut cikgu marah. hehe
TAPI, cikgu tu cool je. Tak marah pon. Cume nasihat sikit je. Cikgu tu name dye Khairul hisham. Cikgu tu takde la hensem sangat. Tapi baik. Sporting gitu. Aummmm. Ilham ku sayang, jangan jeles yawww. Di hatiku, cuma kamu president nye. Hikhok.

Aku baru kenal parts of the car. Gear. Clutch. Minyak. Brek. Sume tu aku main hari ni. TAPI yang PALING SERONOK is cikgu tu kasi chance aku DRIVE. Wohooooo~ Syok gile beb. Eksaited plak nak pegi minggu depan. Masih berbaki 8 jam lagi. Haishh. Tak sabarrrrr. Hehe.

Aku harap aku dapat P dulu daripade ilham. Muahahaha. Sebab dia sibuk dengan muzik, ade chance laa aku nak lintas dia. haha. Nanti dapat lesen kete. Aku nakk jalan jala sampai puas. hehe.

Hurm. Ade satu lagi perkare yang bermain di fikiran ku sejak semalam lagi. U'ols nak tau tak, esok ilham ade show kan. Kat Kuale Besut. Sape sape duk besut tu tau laa tempatnye kat mane. Aku TERINGIN SANGAT SANGAT NAK PERGI TENGOK DIA NYANYI ATAS STAGE. Tapi, aku tau. Impossibe sangat laa parents aku kasi aku pergi sane. :(   Aku harap aku boleh pergi. Aku nak sangat pergi. :(
Kalau laa ade orang boleh tolong aku. Mesti best kan. Tapi. Aku tak berharap sangat. Aku tau dan kenal sangat perangai ma abah aku. :(   Aku nak tanye abah aku pon aku dah takde keyakinan dah. Aku takut bile abah aku marah. Biase laa. Aku kan budak manje. MAnje dengan orang tertentu je pon. hurmm..

Sedih siot. Ma abah, please. First and last aku pergi situu. Aku nak sangatttttt2 pegi. Double dissapointed.

Wednesday 9 January 2013

Music? hurm. Okay then.

Assalamualaikum.

Currently miserable.

Hurmm. I can't deny it. Bila ilham ada upcoming show, aku terus je rasa yang ilham takkan ada banyak masa untuk diluangkan bersame. Kadang kadang ade jugak aku rasa macam terabai. Agak susah aku nak menyesuaikan diri aku dengan scene cam sekarang. This friday dia ada show. Untuk EX5 punye band. Sebab band tu buat pelancaran album baru kot. So, thats mean, ilham tengah sibuk sekarang. Even dia practise half day tiap tiap hari, aku rasa macam sehari suntuk kot dia practise. Kalau dia punye practise tu sebelah petang, pagi tu pulak dia kelua. Bila kelua aku malas nak text dia, jadi macam ganggu xtvt dia lak.
Kalau dia practise sebelah pagi, petang tu dia tido steret sampai maghrib.

Tapi, aku tak penat untuk faham keadaan dia. Aku nak jugak faham life dia. Understanding is impotant. For me laa. Aku luah macam tu, bukan bermaksud aku tak suke dengan karier dia sekarang. Aku cume luah ape yang aku rase je. Aku suke dia jadi musician. Lebih specific lagi, guitarist. Tu sume kan hobi dia. Minat dia. Aku tak boleh nak stop dia. Mengamuk laa nanti. Dia dah obses gila dengan music. Macam tak boleh hidup tanpe music. Aku pernah jugak tanye dia. Cita cita dia ape.? Selame aku hidup dengan dia, aku tak tahu pun dia nak jadi ape. Dia cakap nak jadi bisnesman, okay. Memang family dia menceburi bidang bisness. Tapi, aku confused. Ntah. Tak tau nak cakap camne. Its up to you ilham.

Sekarang ni, sumpah. Aku bosan gila bila dia kurang text aku. Lagipun aku tak text sape sape pun selain dia. Nak text sape? member? Tak hantar text pon. Aku tak suke sangat start conversation dengan member aku. Bukan tak friendly tapi malas. hehe. Yela, messti korunx fikir aku ni pentingkan boifren daripade kawan kan? Lantak ah. Korunx tak faham aku. Aku dah bosan dah dengar orang cakap camtu. Tapi, orang yang cakap camtu kat aku compem compem laa budak yang tak kapel. tak pernah kapel. Budak baik lah sangat. SEBAB kawan aku yang kapel jugak takkan judge aku camtu sebab dia rasa ape yang aku rasa.

See? sape yang selfish sekarang ni.? Try aa kapel. Pastu g kawan ngan orang yang tak pernah kapel. Haha.

Okay laa sayang. Aku betol betol naik bosan sekarang. Sampai sini je laa coretaan aku pade malam ini.

One thing for sure, I can't stop from loving you, Mohamad Ilham Sukri. <3



Tuesday 8 January 2013

Bawa aku pergi.

Bismillahirohmanirohhim.

Assalamualaikum and hai readers. Fatin in the house! haha

Hufffff. Penat. Hari ni aku keluar dengan spambob n mizi. Jalan jalan kat pekan jertes je. Teman spambob beli barang barang dia. Dia dapat tawaran untuk pemilihan sukma. Hebat kan? Spambob ni budak yang tuff. Tapi, kesian dia. Ade ex-boipreng yang gile. Gila siot. Tau laa caring, tapi tak sedar diri. Status au dan dia tu ape.? separated kan. Bajet betol laa. Sebab kau laa spambob jadi badmood. Slalu je kau yang jadi penyebab. Bengang betol aku. Caring nape gitu, overdos. Orang tak panggil take care gitu, orang paggil MENGONGKONG. Oke laa. Stop. Hal orang aku tak boleh masuk campur lebih lebih. Setakat 5% je. Hehe.

Bawa aku pergi? Yeah. Bawa aku pergi, pacu laju lagi~ ehem2.. suare x sedap pon. hehe.
Ilham. Yeah. Aku tunggu ilham masuk minang. Haha. Gurau er. Tapi, tunggu sungguh. *mate ke atas muke x bersalah*
Nak kahwin. Please? Jeles tengok couple couple yang dah kawin. Ngeh3. Kalau family aku atau kakak ke, adik ke yang bace post aku ni, mesti kate aku ni gelenya. Haha. 
Bukan gelenya, tapi keinginan. Hehe. Nak kawin awal kalau boleh. Ma? Abah? bole kan? haha
Nak tunggu kakngoh, lambat lagi. hehe.
Meh laa fatin kawin dulu. Belanje sume ma dengan abah tanggung neh. Hehe. Bile lagi nak belanje. kikiki

Mengarut lah. Aku? kawin umur 17? x saboh langsung. Haha. Dakpe, sabar menunggu. Awal ilham tido malam ni. lepas maghrib terus tido. Oke. Letih sangat leteww. Takpe takpe. Aku faham. :)

Sunday 6 January 2013

Hey. Bosan lahh!


Hai. Assalamualaikumm.

Sekarang ni aku sedang having fun dengan life aku sendiri. Cuti panjangg laaa katekan. Dalam having fun pun, aku tetap rase bosan. Rase bosan aku boleh dihilangkan dengan keluar jalan jalan dan shopping. Hehe.
BUT! sekarang ni aku sedang belajar memasak. Hehe. With my mom. Ngeee~

Bosan sangat, aku edit gambar aku sendiri. Takpe lah, janji wat hilang bosan. Hehe.
HAri ni 7 januari 2013, hari ni budak bdak lepasan SPM tu boleh laa pegi beli no pin untuk isi UPU. Aku beli minggu depan kot. Tengok rajin ah. Haha. Sebenarnye aku nak keje, cari duit lebih siket, nak beli henponn. Aku teringin sangat sangat nak pakai henponn touch screen ouh. Haha. Terliur tengok kawan kawan gune henpon touch screen gitu. Haha.

Sebab aku malas sangat, aku tak keje. Angan angan nak beli henponn touch screen terpakse dilenyapkan. Kalau laa dapat hadiah henponn, mesti best kan. Sape dan bile laa nak kasi aku henpon sebagai hadiah. Haha. Parents aku? jangan harap lah. 6 orang adik beradik aku, sorang pon diorang x pernah beli. HAHA

Semalam, untuk sekian lamenye aku tak webcam dengan ilham, semalam aku berwebcam dengan dia. Haha. Gila gila betol lah. Sampai pukul 4am. Okay, agak lewat. Sekali sekale rilek ah op. Haha. Tapi, hari ni dia ade practice dengan band dia. Hari jumaat nanti dia ade show lagi. Kat kuale besut. Tapi, aku tau aku tak kan pernah berpeluang untuk tegok dia punye show. Hurm. sokay. Aku boleh suruh dia nyanyi live depan aku. Macam kat skolah gitu. Haha.