Friday 28 June 2013

Weekend.

Assalamualaikum.

Sedar atau tak, dah sebulan aku duk kat Pahang ni. Ade sebulan lagi nak balik Besut. Balik untuk raye je. Sedih kan? Nanti kene pindah Melake, lagi laa jauh. Shit betul. Jauh dengan Besut, jauh dgn Kemaman. :(
Jauh dari org2 tersayang. Wuwuwuwuwuu.

Ok. Dah. Nanti ter'over' homesick pulak. Next week, aku ade test kimia. Bab 1 dan 2. KIMIA doe. Adoyaei. Quiz haritu pun aku yg dapat markah paling rendah. Terase sedikit down di situ. Sebab kawan kawan sume ade yg dapat full marks, ade yg separuh. Takpe la, aku takleh cepat give up. Kena usaha lebih sikit daripade orang lain. Aku mesti boleh!

Hurmm. 5hb - 7hb ni kemungkinan aku ade kem. MUNGKIN jela sebab senior tu cakap tak kompem lagii. Harap sangat sangat sangat kem tu dibatalkan pastu buat lepas raye nanti. Please lahh. Nak lepak dengan kakak niii. Nak habiskan duit dia. Muehehehe. Tapi, serius. Kalau dia buat jugak, serius aku tak ikhlas langsung join kem tu. Kena beli baju kem lagi, bayar yuran PG's lagi. Sedihhh. Aku pokai sangat dah ni. :( , Kesian abah. Dah banyak spend duit untuk aku. PTPTN, please masuk cepat sikit. Derita dah nii. Tak nak mintak dengan abah lagi. Aaaaa, rindunye kat abah dengan ma. :'(

Nak balik, tapi mase terlalu singkat. Buat penat je balik. Lagipun, tiket bukannye, Rm5 sekeping. ......
Agak agaknye, kat Jasin nanti ade senior tak eh? Kalau takde, mesti budak budak ni jadi first batch kat sane. Weeehaaaa. Bestnyaaaaaa~ *angan angan tak bleh blah.*

Haihhhh. Rindu bakal suami ehh. Hikhik. *kegatalan detected*  Sebulan dah kot. Takpe takpee. Jumpe hari hari pun tak bestt, lepas kawin nanti mesti bosan. kan? kan? hahaha, so, okay laa aku duk jauh sikit. Kikikiki. Esok dia dah nak pergi kemaman dah. Hari Ahad dia dah start daftar jadi budak TATIUC. Sayang, take care of yourself. Please stay with me. ONLY me. Sebab aku ade hatimu, dan perempuan lain dah tak boleh ambil. Heheheee. Nanti nak pergi shopping baju raye same same kan. Ok, dah tak sabar. Hehee.

--------

Sekarang, aku tengah buat projek kat ladang. Sekarang, tengah siapkan batas. Ade 9 batas lagi tak siap. Sakit belakang. Sakit pinggang. Haihh. Banyak betul sakitnye. Tiap tiap hari jumaat, aku kene bangun seawal pukul 5.15am. Sebab rokol kal ladang pukul 6.45am. Pastu, pukul 8 baru boleh mule keje. Nasib aku punye classmate okay. Semangat sikit nak pegi buat keje. Hahaaa.

Okay laa. Malam ni tido dengan iylia je. Saba dengan qila pegi kem. Nasib ade teman. Kalau tak, memang aku tak tdio laa dalam bilik ni. sorang sorang. Haishh. Takpe laa, aku nak pegi basuh baju dulu. Esok pagi kene pegi ladang lagii. Babai. :*



Tuesday 11 June 2013

Officially mahasiswi.

Assalamualaikum.

Minggu ni, minggu kedua aku menuntut di uitm pahang ni. Dan harini hari kedua aku mula belajar setelah seminggu berorientasi. Penat. Tu je aku boleh describe untuk sekarang. Tal cukup stabil lagi. Aku mash terikut ikut dengan budaya belajar kat sekola. Rase janggal pakai baju kurung bebas ke kuliah. Hee

Aku, pelajar part 1, fakulti perladangan dan agrotekonologi. Uitm pahang, kampus jengka. Bile sebut course pengurusan ladang, ramai yang anggap course ni, course yang biase biase je. tak power pun. kan? at least, peluang pekerjaan banyak aw. hahaa. Aku transit je kat sini, nanti aku pindah kat kampus tetap aku, Uitm melaka, kampus jasin. Uitm baruuuuuuu. Hewheww

Abg aku pun pindah sane gakk. Tapi dah amek ijazah. Ijazah sains perladangan dan agroteknologii. So, senang laa aku balik, boleh balik dgn abg aku. Heeeeeeee. Mintak kete dgn abah. Hewhew, untuk tahun ni, memang aku duk kat jengka laa.

Ladang jauhh. 2km kott. Nanti abah pos beskal. Yeay! Untuk sem 1, aku nak targett banyak. so, takde honeymoon.  Tiap tiap hari jumaat, kene pegi ladang aw, buat batas, tanam sayur. hehe

Okela. Motif sebenar aku update untuk kali ni sebab aku kecewe. kecewe sebab ilham. sedihh aw. kenape dye nak marah sangat. aku takde pape pun dgn classmate aku uh. Sekadar add kat fesbuk je. Dia deactive fesbuk die. Tergantung camtu je relationship aku. tiap kali bukak profile sendiri, sedihh kot. Okela. Aku nak senyap je. Sampai semuanye oke. Aku sangat kecewe. Bukan macam biase biase. :'(



Thursday 16 May 2013

Menunggu detik itu tiba.

Assalamualaikum.

Harini 16 Mei kan? Sume orang tahu harini hari ape. So, tadi aku pergi sekolah. Saje saje. Tak niat nak sambut hari guru pun. Sebab tau dah tak best. Haha. Oke. JK. Aku ikut kawan kawan je. Bosan duk umahh.. Kalau aku dapat sambung belaja balik, nanti kena buat preparation bla bla bla bla. So, mesti sibuk kan. Ape yang aku tahu, aku nak pegi tuntut duit kat yayasan oa. Hakhak

Oke dah. Esok, seperti yang sume orang dah tahu, keputusan UPu akan kelua, jam 12 tengah hari. Dalam eksaited aku pun, aku nervous. Tang tang name aku takde dalam list, mampus aku. Nak pergi belaja kat mane lagiii.. Harap harap ade lahh. Sanggup aku topup broadband semate mate nak check keputusan esok. Weehuu. Harap harap, kawan kawan yg SPM skali dengan aku pun, dapat jugak. Aamin. :)

Tapi, kalau laa kan, nama aku ade dalam list esok. Aku nak buat jahat sikit. Takde laa jahat sangat. Tapi, ala ala suprise gitu. kikikiki. Mangsenye adelah, bakal tunang aku. Hewhewhewhew. Awak boleh buat, takkan saye tak boleh. kan sayang? hikhik


Sunday 12 May 2013

Gila.

Assalamualaikum.

Haihh. 2 post dalam satu hari.? Alaa. bukannye ade orang marah pun kan. Sambil sambil tunggu adik aku balik skolah punn. Aku bosan laaa. Bakpe laaaa rumah aku takde intenet ha? Sedih. Sedih.

Aku nii. Bosan. Aku nak keluar rumah, mak bapak aku tak kasi. Aku tido dan tido dan tido, mak aku bebel lebih. Aku nak buat hobi baru, setan duk hasut aku, Jangan, JAngan. kau tau ape aku nak buat? maksud aku hobi baru tu laa. Aku nak masak. Hakhakhak. MAlas gile aku nak masak. Rumit gile kot. Sebab aku tak tahu pantang larang kat dapur ni. Aku tau kalau masak masak ni gula, garam jgn lupa bubuh. HAha. Kire aku ni pandai laaa jugak kan.?

Aku tak sefahamn sangat dengan mak aku. Dia tu lebih lebih kan abang aku jeee. Mentang menatang abang aku tuu.... *takleh bagitau ah*  rahsie. EEE. Tak puas hati betul. Bapak aku je okay sikit. Sikit hape nye, BANYAK. Nanti 16 may ni hari guru kan? Aku nak kasi ape lahh kat dia. Bapak aku kan cikgu. Aku pun pernah jadi pelajar. Takde kena mengena langsung kayy.

Sunyi lahh woii. Takde ke orang nak duk dengan aku 24 jam. Ishh. kalau lah aku ade kembar kan, mesti aku jadi kembar jahat. HAHAHA. Eh, takpe lah. Adik aku dah balik. Aku out dulu. OKe. Babai.

NO Title.

Assalamualaikum.

Emm. Jarang jarang je boleh post entry. Sebab takde laptop, takde intenet. Saye ni orang susah. Tak mampu nak beli sume tuu.

Oke laa. Stop pasal tu. Sekarang ni saye sedang tunggu tawaran kemasukan untuk sambung belajar ke peringkat yang seterusnye. Hari sabtu nanti baru boleh semak. Doa doa kan laa semoge saye dapat tawaran sambung belaja dan harap harap jauh daripade rumah saye. Satu impian kot duduk jauh daripade rumah. Pelik eh? Bagi saye tak pun. Masing masing punye kehendak laa kan.

Lame gile kot lepasan spm ni cuti sebelum sambung belaja balik. Baru aku tahuuu. Tapi, cuti lame mane pun kalau duk umah tanpe pergi ke mane mane, takde keistimewaan pun kan? Maklum lah, aku ni budak bawah umur lagi. MAk bapak pun tak harap sangat kalau keluar rumah. Sokay. Aku okay JE KOTT.

Sebenarnye aku tak rase best pun duk umah aku sendiri. Rumah orang apetah lagi kan. Tapi, tu la hakikatnye. TAK BEST. Orang dalam rumah aku anggap aku macam tak wujud je. Sedih siott. Nanti aku nak bawak diri. Hidup berdikari. Perghhh. BOleh survive kah aku? HArap harap boleh. INdependent kan. Hahaha. Bongok.

Aku tak segembire dulu. Hidup dah berubah. Memang aku boleh ketawa bila sesuatu yg lawak muncul. Tapi, jauh dalam sudut hati, aku rasa sunyi, sepi. Orang tak faham keadaan aku dan aku tak berape faham keadaan orang. So, deal lah kan? PAdan muka. Serius. Aku nak jadi lebih independent. *muka bersemangat*

Dia cakap aku tak cukup matang. bukan tak cukup, tapi BELUM lagi. Ye, memang aku berperangai kebudak budakkan. Tapi, aku selesa. MUngkin orang di sekelililng aku tak. Maafkan aku.

Sebelum aku mengakhiri post aku untuk kali ni. Aku nak cakap yang aku tak bersedia lagi untuk jadi dewasa. Dan aku tahu, tak semua orang suka aku. kan? So, im OUT.

Monday 25 March 2013

New life.

Assalamualaikum.

Haihhhhh. Suadah lama yaa aku tidak mengapdatekan belogg ku ini. Biase laa. Masalah intenet. Rumah aku moden siket, takde wifi langsung. Broadband pun takde. Hoho.

Tanggal 21 mac 2013, aku, nurfatin bt mohd, lepasan spm 2012, telah mengambil keputusan spm aku. Aku dapat 4A, 3B, 2C, 1E. Bapakkk gila kentang.  E tu sememangnye Addmaths. Forever hates it. Hoho. HAri ni jugak aku apply course course yang sesuai dengan result aku tu. Aku pilih uitm, 8 pilihan tu sumenye diploma. Haha. Harap harap dapat salah satu daripadenye. Amin.


Haaaa. ni laa muke result aku yang sangat bagus. Haha. Agak tidak jelas kann. Takpee laa. Bagusss. Hikhik
Niat aku update harini, aku nak post pasal ilham. hekhek. *gedik siket.* Sebab.... :(

Ilham kene pergi PLKN. Tapi bukan untuk kumpulan 1 dan 2. Maybe 3 kot. Hummmm. Tapi rasenye dia buat penangguhan dulu kot. Bodoh betol laa buat PLKN lame lame. Blerkkk. Buat seminggu due dah aa. kan? kan? Dulu, aku ingat dia kene pegi kumpulan 2, so tiap kali aku kelua dengan dia aku snap gambar dia banyak banyak. HAHA. Perangai buruk aku. Chilll.

















 Haha. Aku dah rotate gambar ni tapi dia still macam tu jugak. Umm. Pompuan tu adik dia. Aku ni takde laa gila sangat kan? cume addicted je. Addict2 aku pun, gaduh opmo.. aku laa besenye penyebab pergaduhan itu berlaku. Hakhak. Aku kan manjewwww. Dengan ilham je la. Kehkehkeh. Bongok ah aku ni. Phuiiiiii. Mujur sangattttt ilham ni dah masak sangat dengan perangai akuu. Kejap je aku buat hal, pastu aku cari ilham balik. Hakhakhak. Tulul betul lahhh.

Nanti, masing masing dah nak sambung belajar. Aku sane dia situ. Adoyaeiii. Cepat cepat laa msuk minang aku sayanggggggg! Hewhew. Harap harap dapat tempat yang dekat dekat. kehkehkeh. Jangan kau curang padaku ilham.. Kalau kau curang, aku bomoh kau. MUahahahaha. Hei. Aku takde laaa sejahat tuu. Kejam kejam aku pun, aku pi bakar umahh pompuan yang gode ilham tu. Kire oke laa tu kan? HAHAHA.

Lambatnye laaa boleh kawin. Abah bagi aku kawin bile aku dah berumur 23 TAHUN. Gila lambattt. Aku ni excited gila kot nak kawin. Bukan gedik gatal gelenya. Tapi, aku jeles dengan orang yang dah kawin. Besttnye dioranggg. Haihhhh. Sabar teng. Sabar. 5 tahun je laagi. Ilham. Awakkk mestii kawinnn dengan sayeeeeee. MEsti. Sebab saye tokseyyyy doh jatuh cinte dengan orang lainnn.. Sebab jatuh cinta ni sangat lah serabutt. Cukup hanye dengan awk je laa sayanggggggggg. MMmuah setepekk.

Wednesday 20 February 2013

Not Available.

Assalamualaikum.

Sekali lagi aku update blog. Aku tak tahu nak share dengan sape. Aku malu. Malu bercerita tentang masalah aku dengan pakcik kat kawan aku.

Aku dan pakcik dah berbeza. Tak macam zaman persekolahan dulu. Pakcik sangat sensitif. Sehinggakan aku rase perbuatan aku terbatas. Aku rase ape yang aku buat, bagi pakcik, sume tu salah. Aku rase terikat. Aku tak tahu kenape pakcik buat aku macam ni.

Kadang kadang, pakcik over bila jealous. Aku suka bila pakcik jealous. Kat situ, aku boleh nampak sedalam mane pakcik syg aku. Pakcik kate, aku tak faham perasaan dia. Pakcik pun bukannye slalu faham perasaan aku. Aku tak salahkan pakcik atas sume yang terjadi sekarang.

Aku cume like gambar kawan aku dgn boyfiee dia. Aku suka tgk kawan aku yang satu tu. Dia cantik sangat. Photogenic. Tapi, pakcik salah tafsir. Pakcik ingat aku tak pernah cukup dengan ape yang dia bagi. Sakit hati yang ku rasa. Aku ingat pakcik tak kisah bila aku like gambar kawan aku tu. Lagipun, sebelum ni, pakcik tak marah pun. Pakcik oke je. Sekarang, pakcik dah berubah. Pakcik cakap aku tak faham dengan ape yang aku buat.

Dia off phone. Online fesbuk. Tanpe hiraukan aku. Perasaan aku dia tak nak tau? Gembira tak bila orang tak hiraukan kita? Mesti tak kan. Takpe la, bukan kali pertame dia buat aku macam ni. Bagi dia, bang bang boom JE. Ye. Okay. Aku okay. Perasaan aku dah lame sakit. Sakit sampai seksa. Seksa sampai tak kisah dengan ape yang dia nak buat lepas ni. Aku rela. Sebab aku sayang sangat kau, Mohamad Ilham Sukri.